Powered By Blogger

Jumaat, 17 Februari 2012

Salam Perkenalan

Assalamualaikum.....
Saya ini insan biasa, bukannya malaikat, bukan juga nabi,  saya cuma manusia kerdil yang tidak pernah sempurna. Dan tidak pernah luput daripada melakukan dosa. Kerana itu, saya menyusun sepuluh jari, dengan seikhlas hati saya ingin memohon sejuta kemaafan jika ada cebisan coretan saya yang tidak seberapa ini telah menyinggung perasaan anda. Jujur saya katakan di sini, tidak pernah terlintas di lubuk hati saya untuk melukakan hati sesiapa, niat hati saya adalah cuma untuk berkongsi sesuatu dengan anda. Diharap perkongsian saya di sini dapat diterima. Sekali lagi saya minta maaf. Sesungguhnya, yang baik itu datang daripada Allah SWT.
Sekian, terima kasih.


Ya Allah aku mohon daripadaMu jiwa yang tenang, yang beriman dengan pertemuan denganMu, redha dengan ketentuanMu dan merasa cukup dengan pemberianMu. Amin Ya Rabbal A’lamin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan